Selasa, 13 Januari 2015

Selasa, Januari 13, 2015
Kisah 2 Pemuda Mabuk Dari Madinah

Kisah ini di kongsikan oleh Ustaz Farid Ravi. Ianya mengisahkan tentang 2 orang pemuda Arab yang berasal daripada Madinah datang bercuti ke Turki.

Apa yang mengejutkan adalah, Imam Masjid di hotel berkenaan meminta mereka untuk mengimamkan solat Subuh, namun ketika itu mereka dalam keadaan mabuk kerana meminum arak pada malam hari sebelumnya.. Baca kisah mereka seterusnya..

Dua orang lelaki dari Madinah al-Munawarah bercuti ke Turki kononnya untuk berehat dan sambil-sambil melepaskan gian merkea dengan memminum arak. 

Apabila kedua mereka tiba di Istanbul, mereka check in hotel, petugas di reception meminta alamat bagi tujuan pendaftaran, mereka menjawab;"Kami dari Madinah al-Munawarah."

Petugas di kaunter pendaftaran itu sangat gembira mendengar kedua mereka dari Madinah, lalu di beri bilik yg luas dan view yg sangat cantik, kerena mereka berdua dari Madinah kota suci tempat bersemadinya kekasih kita Rasulullah S.A.W.

Selepas masuk kedalam bilik, kedua lelaki ini minum arak, salah seorang dari mereka minum sepuasnya, mabuk tak terhingga, seorang lagi separuh mabuk.

Tepat jam 4 pagi bilik mereka diketuk, salah seorang yg tak berapa mabuk dalam keadaan tak larat, membuka pintu lalu didapati seorang lelaki memberitahu:"Selepas Imam kami mengetahui kamu berdua dari Madinah al-Munawarah, imam kami tidak mahu mengimamkan solat fajar, kerana ada org arab dari Madinah di hotel ini, kami harap saudara dapat imamkan kami. Lelaki itu memberitahu dengan nada yg penuh harapan:cepat-cepat turun yer, kami tunggu kat bawah."

Lelaki yang mabuk itu kebingungan, lantas dikejutkanya kawan dia yg seorang lagi (dah terlalu mabuk sangat), sambil bertanya: "Engkau hafal Al-Quran tak?"

Sayangnya kawan dia dah macam mayat, tak sedar diri dek kerana mabuk. Selang beberapa minit, bilik hotel diketuk lagi, suara dari luar berkata:"Cepat sikit tuan kami dah lama tunggu ni, jangan lambat nak syuruq dah ni"

Tanpa berlengah lelaki yang separuh mabuk, masuk bilik air mandi dan berwuduk lalu turun ke masjid untuk mengimamkan solat bersama penduduk setempat.

Ketika masuk kedalam masjid lelaki itu sangat terkejut, kerana jemaah yg berkumpul untuk solat fajar seperti jemaah solat jumaat

Kedatangan lelaki ini disambut dengan penuh kemulian, jemaah berbaris dan bersalam dengan penuh penghormatan, kerana pemuda ini datang dari Madinah al-Munawarah.

Pemuda itu mengimamkan solat fajar, rakaat pertama dan kedua dibacanya surah al-Ikhlas, kerana itu sahaja yg dihafalnya.

Selesai solat, sekali lagi jemaah salam dan berpeluk dgn pemuda tersebut. Peristiwa ini menjadikan kedua-dua mereka bertaubat dari minum arak.

Mereka memulakan kehidupan baru, dengan menpelajari agama, menghafal al-Quran. Alhamdulillah, kini kedua mereka menjadi pendakwah yang tersohor.

Maha Kaya Allah s.w.t. yg memberi peluang untuk manusia kembali ke pangkal jalan hidayah.

sumber
http://suarai6nsan.net/kisah-dua-pak-imam-arab-dari-madinah-mabuk-semasa-bercuti/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.