Ahad, 18 Januari 2015

Ahad, Januari 18, 2015
Kisah Doa Fizo & Mawar Makbul Di Tanah Suci | Seronok bila dapat menatap gambar selebriti tempatan kita ke tanah suci yang berkongsi di Instagram mereka.

Kisah Doa Fizo & Mawar Makbul Di Tanah Suci

Sebelum ini, kami turut menyiarkan artikel artis seperti Akim, Yuna, Mizz Nina dan suami, Noh Hujan mengerjakan umrah baru-baru ini.

Rupanya, pada masa yang sama pelakon dan pengacara, Fizo Omar dan isteri Mawar turut berada di tanah suci.

Sebenarnya kami bukan sahaja tertarik dengan gambar yang dikongsi oleh Fizo Omar malah tertarik dengan kapsyen luahan hatinya.

Kisah Doa Fizo & Mawar Makbul Di Tanah Suci

Rupa-rupanya menurut Fizo, pada tahun 2012 dia pernah ke Jabbal Rahmah, Arafah bersama ibunya. Ketika itu dia memohon kepada ibunya supaya berdoa agar dia dipercepatkan jodoh.

Nak dijadikan cerita, Mawar ketika itu turut bersama keluarga di sana dengan niat dan doa yang sama. Namun, mereka tidak berjumpa antara satu sama lain.

Kisah Doa Fizo & Mawar Makbul Di Tanah Suci

“Sungguh besar kuasa ALLAH SWT yang telah memakbulkan doa kami, dan hari ini kami datang bersama sama sebagai suami isteri yang dikurniakan rezeki kebahagiaan yg melimpah ruah.” ujar Fizo dalam Instagramnya.

Tersentuh pula hati kami mendengar luahan kisah Fizo Omar dan isteri ini.

Dalam kapsyen tersebut, Fizo Omar turut meluahkan kesyukuran atas nikmat kebahagian yang dikurniakan bersama isterinya saat ini.

Kisah Doa Fizo & Mawar Makbul Di Tanah Suci

Inilah yang dikatakan jika kita benar-benar ikhlas dalam berdoa insyallah Allah SWT akan memakbulkannya.

Tambahan pula, berdoa di tanah suci merupakan tempat-tempat yang dimakbulkan Allah SWT. Apa pun, kami doakan moga Fizo Omar dan isteri, Mawar bahagia sehingga ke syurga.

sumber
http://mynewshub.cc/2015/01/17/kisah-doa-fizo-omar-mawar-di-tanah-suci-dimakbulkan/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.