Isnin, 5 Januari 2015

Isnin, Januari 05, 2015
Kisah Sedih Seorang Gelandangan Yang Di Usir Dari Rumah Sakit | Windasari (22), seorang gelandangan yang dirawat di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Abdoel Moeloek, daerah Lampung kerana kemalangan, mengadu dibiar dan diabaikan para petugas kesihatan itu.

Kisah Sedih Seorang Gelandangan Yang Di Usir Dari Rumah Sakit

"Saya dimarahi, tidak diberi makan dan minum. Setiap bahagian luka yang terbuka akan dimarahi doktor dan di suruh ditutup sendiri," kata Windasari yang menceritakan kisahnya sambil menangis.

Winda mengalami luka setelah dilanggar kereta. Dia kemudian dibawa ke RSUD kerana keadaan teruk luka di kakinya. Namun, Winda tidak mendapat rawatan yang sepatutnya, dia akhirnya terpaksa meninggalkan RSUD tersebut.

Kini, Winda terpaksa dirujuk pula ke Unit Gawat Darurat Rumah Sakit Immanuel, Bandarlampung. Winda dibawa oleh seorang relawan agar mendapat rawatan yang lebih baik. Ketika dibawa ke RS Immanuel, luka-luka sekitar kakinya hanya ditaburi bedak dan disumbat kapas dan tisu.

Beberapa luka di sekitar kaki sudah mengeluarkan belatung (ulat) dan menimbulkan bau busuk. Luka itu kini telah dibersihkan dan mendapat rawatan awal dari doktor di RS Immanuel.

Malang lagi buat Winda apabila RS Immanuel enggan menerima dia untuk dirawat lebih lanjut dengan alasan doktor mereka sedang bercuti.

"Kami sudah memberi pertolongan untuk mengurangi rasa sakitnya soal perawatan lebih lanjut di tempat kami ada standar operasionalnya harus dikoordinasikan dengan pihak dinas sosial," kata jurucakap RS Imanuel Bandarlampung, Al Quirina.

Berdasarkan khabar terakhir, Winda kemudian diangkut ke sebuah klinik RSUD Abdoel Moeloek di Bandar Lampung. Namun sehingga kini masih belum dapat dipastikan khabar Winda dari rumah sakit tersebut.

RSUD- Rumah Sakit Umum Daerah (Hospital)

sumber
http://regional.kompas.com/read/2015/01/05/13384911/Gelandangan.Telantar.di.RS.dengan.Luka.Membusuk


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.