Ahad, 25 Januari 2015

Ahad, Januari 25, 2015
Lisa Surihani Dah Mengandung? | Hari ini menerusi Harian Metro meletop kisah Lisa Surihani, isteri kepada Yusry KRU dah mengandung.Untuk info, perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani telah pun mencecah 3 tahun.

Lisa Surihani Dah Mengandung

Bagaimanapun berita ini belum sahih lagi selagi tuan punya badan belum mengiyakan atau menafikan kisah ini (sehingga kini Lisa dikatakan enggan memberikan jawapan)....
Kita tidak tahu kesahihan cerita ini sebab yang me­nyampaikan kepada Cik Pang pun belum dapat pengesahan daripada tuan empunya badan.

Khabarnya, Lisa Surihani mengandung tetapi masih lagi di peringkat awal. Teman Cik Pang yang dapat berita ini pun risik-risiklah kepada tuan empunya badan.

Bukannya apa, sedikit sebanyak berita diterima cukup menggembirakan. Apatah lagi Lisa dianggap "Malaysian Sweetheart" sudah tentu peminat mahu berkongsi kegembiraan ini bersama pelakon popular itu.

Teman Cik Pang yang cuba menghubungi Lisa untuk mendapatkan pengesahan apakah benar berita gembira seperti disampaikan sumber itu.

Bagaimanapun, Lisa enggan memberikan sebarang pengesahan ataupun komen mengenainya. Bagi menghormati pendirian Lisa, teman Cik Pang pun terus tutup buku.

Tapi menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat awal.

Pesan orang-orang tua sendiri yang Cik Pang ingat, kalau kan­dungan masih awal tidak bagus dicanang-canangkan dan mungkin juga Lisa mengikut saranan itu.

Timbul juga teori mengatakan Lisa tidak boleh memberitahu secara terbuka kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan pengumuman mengenainya akan dibuat secara eksklusif di stesen televisyen berbayar itu.

Itu hanya sekadar cakap-cakap kosong yang Cik Pang dengar. Apapun kesahihannya hanya Lisa dan suami, Yusry Abdul Halim yang tahu.

Cik Pang tahu isu Lisa mengandung ini sensitif. Andai tidak benar apa yang dikhabarkan ini, sudah tentu akan membuat Lisa dan Yusry berkecil hati.

Andai itu berlaku, Cik Pang mohon maaf. Tapi sebenarnya Cik Pang seperti juga peminat Lisa yang lain mengharapkan perkara yang baik dan indah berlaku dalam hidup pasangan romantis ini.

Jika berita yang Cik Pang dengar ini tidak benar, Cik Pang harap Lisa dan Yusry akan menganggapnya sebagai doa dari Cik Pang untuk mereka agar cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/26192


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.