Rabu, 28 Januari 2015

Rabu, Januari 28, 2015
Lisa Surihani SAH Mengandung | Alhamdulillah, akhirnya Lisa Surihani dan suaminya Yusry KRU mengakui kepada pihak media tentang khabar angin yang Lisa Surihani telah pun berbadan dua setelah tiga tahun mendirikan rumahtangga.

Lisa Surihani SAH Mengandung

"Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh," kata Yusry yang duduk bersebelahan Lisa ketika temubual ini berlangsung.

Menerusi Berita Harian, Yusry berkata,"Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV.

"Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama," tambahnya.

Teka Teki Kucing, Lisa Surihani Mengandung

Lisa yang tersipu malu di sebelah Yusry mengakui bukan niat beliau untuk berselindung.

"Saya hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak uar-uarkan hal ini kerana masih baru. Apa apapun terima kasih atas doa semua yang baik baik untuk saya"

"Pun begitu, saya tidak dapat memberitahu tahu usia sebenar kandungan saya cukuplah saya umumkan yang saya memang sedang hamil,"katanya lagi.

24 Februari depan akan genap tiga tahun usia perkahwinan mereka, sama-sama kita doakan agar Lisa Surihani dan kandungannya selamat hingga kesaat kelahiran orang baru dalam keluarga mereka.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/32073?lisa




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.