Khamis, 29 Januari 2015

Khamis, Januari 29, 2015
Lukisan Agong Cetus Kontroversi | Nama pelukis, Vincent Leong. Lukisan bertajuk 'Kenapamu, Malaysia?'. Seni apakah yang cuba dipaparkan ini?
Lukisan Belakang  Agong Cetus Kontroversi

Jelas Vincent Leong cuba melakukan provokasi terhadap lukisan belakang Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan juga Perdana Menteri dalam satu pameran di Singapura.

“Pelukis menukar tajuk daripada slogan Keranamu Malaysia kepada Kenapamu Malaysia. Ia seolah-olah membawa mesej mengapa perlu ada raja dan secara tidak langsung menjejaskan kesetiaan rakyat kepada raja,” kata Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman.

Lukisan Leong itu bukan sahaja menghina institusi diraja malah dilihat bermotif menjatuhkan agama Islam.

Katanya, ini kerana agama Islam di negara ini berada di bawah bidang kuasa raja-raja.

“Lukisan tersebut seolah-olah menganggap bahawa raja juga boleh dipermainkan. Apabila semua orang pandang remeh Yang di-Pertuan Agong, siapa lagi yang akan hormat?
 
"Institusi diraja akan menjadi tidak bererti dan akhirnya unsur Islam juga tiada tempat di negara ini. Inilah matlamat di sebalik penghinaan raja iaitu memastikan Islam tiada tapak kerana tapaknya ialah institusi diraja,”

Menurutnya lagi, sebagai pelukis, Leong mempunyai pelbagai pilihan lain sebagai subjek lukisannya.

“Memang benar bahawa setiap individu mempunyai persepsi atau penilaian berbeza terhadap sesuatu hasil seni. Namun, mengapa pelukis memilih raja sedangkan terdapat banyak objek lain yang boleh dilukis?

“Jadi itu yang menimbulkan persoalan mengenai motif lukisan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Leong.

“Sebelum ini pun sudah banyak kes seperti menghina bendera dan lagu Negaraku. Malangnya tiada tindakan tegas kepada individu berkenaan.

“Namun, sekarang ada individu yang lebih berani menghina raja. Jadi kita harap kerajaan dapat mengenakan tindakan segera kepada Leong supaya menjadi pengajaran kepada rakyat,” katanya.

Lukisan itu telah dipamerkan di pameran seni Art Stage Singapore 2015 pada 22 hingga 25 Januari 2015 di Pusat Konvensyen dan EkspoMarina Bay Sands, Singapura.
sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/lukisan-agong-cetus-kontroversi-1.355073 





0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.