Khamis, 29 Januari 2015

Khamis, Januari 29, 2015
VIDEO: Malaysia Umum Kesemua Mangsa MH370 Telah Terkorban | Kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS MH370) dianggap telah tiada atau meninggal dunia kerana kemalangan.

Malaysia Umum Kesemua Mangsa MH370 Telah Terkorban...

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan perkara itu melalui satu rakaman yang disiarkan melalui RTM jam 6 petang tadi, bagaimanapun katanya Malaysia akan terus bekerjasama dengan kerajaan China dan Australia untuk mencari pesawat itu.

Perisytiharan berkenaan akan membantu para waris dan keluarga untuk mengemukakan tuntutan ganti rugi mereka.

"Perisytiharan ini membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang mereka perlukan terutamanya dalam proses pampasan.

"MAS akan melaksanakan tanggungjawab mereka berhubung hak dan kepentingan waris sebagaimana diperuntukkan undang-undang antarabangsa dan domestik,"

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, tahun lalu dan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.



sumber
http://www.hmetro.com.my/node/27199


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.