Sabtu, 17 Januari 2015

Sabtu, Januari 17, 2015
Mati Kerana Main Games 3 Hari Berturut-Turut | Seorang lelaki berusia 32 tahun didapati meninggal dunia setelah bermain permainan komputer selama tiga hari berturut-turut di sebuah kafe siber di bandar Kaohsiung, Taiwan.

Mati Kerana Main Games 3 Hari Berturut-Turut

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Hsieh itu dilihat tidak bergerak di tempat duduknya. Pada mulanya pelanggan lain menyangka lelaki sedang tidur, tetapi apabila seorang pekerja menyedarinya tidak bernafas dia terus dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia.

Doktor mengesahkan lelaki berkenaan mengalami kegagalan jantung dan dianggap sebagai mati mengejut kerana bermain permainan komputer dalam tempoh yang terlalu lama.

“Hsieh merupakan pelanggan tetap di kafe ini dan kerap menghabiskan masa yang lama. Apabila penat dia akan tidur dengan meletakkan kepala di atas meja atau terlelap di kerusinya. Itu yang menyebabkan kami tidak menyangka dia sudah mati,” ujar seorang pekerja. - AFP

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.