Khamis, 29 Januari 2015

Khamis, Januari 29, 2015
MH370: Keluarga Enggan Terima Pengumuman Tanpa Bukti | Ahli keluarga dan waris mereka yang menaiki pesawat berkenaan meminta pihak berkuasa Malaysia untuk tidak mengisytiharkan pesawat itu sebagai hilang, tanpa sebarang bukti.

MH370: Keluarga Enggan Terima Pengumuman Tanpa Bukti

"Kami telah nyatakan sebelum ini dan kami ulangi lagi bahawa kami sedia menerima sebarang kemungkinan termasuk hakikat mereka yang tersayang tidak akan pulang. Bagaimanapun, semua ahli keluarga sepakat tidak mahu mengisytiharkan mereka meninggal dunia tanpa sebarang bukti," kata mereka yang menamakan diri sebagai Voice 370 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Ahli keluarga dan waris itu berharap pihak berkuasa yang terlibat akan meneruskan usaha mencari pesawat itu sehingga ia ditemui.

Voice 370 juga memberitahu telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Australia mengenai perkembangan usaha mencari pesawat berkenaan yang mengikut perancangan dan sudah meliputi satu pertiga daripada kawasan carian.

Pengumuman rasmi kerajaan Malaysia itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi siaran rakaman yang disiarkan di RTM1 pada petang, Khamis.

"Selepas 327 hari operasi mencari dan menyelamat, kemudiannya ke fasa mencari dan penemuan semula pesawat itu, didapati tiada yang dikesan terselamat.

"Sehubungan itu, dengan berat hati dan bagi pihak kerajaan Malaysia diisytiharkan MH370 satu kemalangan berdasarkan standard Annex 12 dan 13 yang ditetapkan pada konvensyen antarabangsa penerbangan awam, Konvensyen Chicago," katanya.

VIDEO: Malaysia Umum Kesemua Mangsa MH370 Telah Terkorban

Azaharuddin berkata, pengisytiharan itu juga bagi membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang diperlukan terutama dalam proses pampasan.

"Ketika ini, pihak MAS sudah bersedia untuk menjalankan proses pampasan untuk semua waris mangsa," katanya.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 orang rakyat Malaysia.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mh370-keluarga-tidak-akan-terima-pengumuman-dca-tanpa-bukti-53025
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/01/29/mh370-kemalangan/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.