Selasa, 20 Januari 2015

Selasa, Januari 20, 2015
Misteri: Siapakah Datuk Seri Mati Rentung Di Bunuh? | Mayat yang temui dalam keadaan rentung terbakar di Lumut Jumaat lalu disahkan sebagai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dari Bukit Mertajam yang dilaporkan hilang.

Misteri: Siapakah Datuk Seri Bukit Mertajam Yang Mati di Bakar ?
Gambar Hiasan
Sumber memberitahu, mayat itu disahkan oleh ahli patologi berdasarkan rekod pergigian milik mangsa.

Sumber juga berkata, bedah siasat berdasarkan rekod pergigian itu dijalankan hari ini berikutan keadaan mayat yang semakin mereput.

"Kami bagaimanapun sedang menunggu laporan DNA bagi mengesahkan identiti mayat berkenaan, " katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam ketika dihubungi berkata, polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Siasatan sudah pun dijalankan dijalankan sebaik mayat berkenaan ditemui Jumaat lalu," katanya.

Laporan sebelum ini menyebut, mangsa dilaporkan hilang sejak Rabu lalu dan kali terakhir dilihat dalam keadaan diikat dan dibawa menaiki kenderaan selepas meninggalkan sebuah pusat refleksologi di Bukit Mertajam.

Siasatan polis setakat ini mendapati, suspek datang kepada mangsa dengan menaiki dua kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kali terakhir dilihat menghala keluar di plaza tol Changkat Jering, Lebuhraya Utara Selatan.

Mayat mangsa kemudian dilaporkan ditemui kira-kira 200 meter dari jalan besar berhampiran Swiss Garsen Resort dekat Lumut.

Mangsa juga dipercayai bekas tahanan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 yang sudah dimansuhkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mayat Rentung Di Temui Penjerat Awam Di Lumut

Hasrat dua lelaki untuk menjerat ayam di hutan terbantut selepas mereka terkejut apabila menemui satu mayat lelaki rentung di dalam hutan di Jalan Damai Laut, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, mayat itu ditemui pada jam 4.30 petang oleh dua penduduk tempatan yang mahu menjerat ayam di hutan itu.

“Pengadu bersama rakan dalam perjalanan masuk ke hutan untuk jerat ayam telah menjumpai satu mayat telah rentung dan berulat di kawasan tersebut. Mereka bergegas keluar dari kawasan terbabit dan terus membuat laporan di balai berhampiran.

“Pemeriksaan mendapati mayat lelaki itu ditemui tertiarap dan telah rentung 70 peratus  menyebabkan identitinya sukar dikenal pasti tambahan mayatnya telah mereput dan berulat,” katanya, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mayat mangsa kemungkinan dibakar di tempat kejadian dan telah telah mati sejak empat atau lima hari yang lalu sebelum ditemui.

“Mayat berkenaan dijumpai kira-kira 200 meter dari jalan utama menuju ke sebuah resort di sini. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh. Siasatan sedang dijalankan untuk kenal pasti sama ada mangsa dibunuh di tempat kejadian atau tempat lain,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/30532
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/mayat-rentung-bantut-hasrat-jerat-ayam-1.351605


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.