Isnin, 19 Januari 2015

Isnin, Januari 19, 2015
MPPP Rampas Kerana Pengusaha Line Clear Tiada Lesen | Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini merampas kerusi dan meja premis nasi kandar 'Line Clear' kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

MPPP Rampas Kerana Pengusaha Line Clear Tiada Lesen

Pengusaha restoran nasi kandar terkenal itu, Abdul Hamid Seeni Pakir, 65, mendakwa Restoran Line Clear yang beroperasi 24 jam itu didatangi sepasukan anggota penguatkuasa pada jam 3.30 pagi dan mengangkut kira-kira 30 kerusi dan meja di kaki lima premis itu.

"Masa itu ada kira-kira 20 pelanggan di kedai dan pekerja hanya tengok penguatkuasa angkut barang itu masuk ke dalam lori mereka," katanya kepada pemberita di kedainya di Jalan Penang,

Beliau yang mengaku berniaga tanpa lesen sejak memegang giliran berniaga di premis itu pada 2008, mendakwa tidak menerima sebarang notis dan penjelasan daripada MPPP berhubung perkara itu.

Abdul Hamid berkata, beliau dan tiga pewaris lain restoran yang diasaskan bapanya itu mengamalkan sistem giliran iaitu setahun operasi bagi setiap seorang sejak 1950-an.

Abdul Hamid berkata, beliau pernah memohon lesen sekurang-kurangnya lima kali iaitu pada 2006, 2009, 2010, 2011 dan 2012 namun tidak diluluskan MPPP.

Sementara itu, Jabatan Korporat Bahagian Perhubungan Awam MPPP berkata tindakan itu diambil selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja 1979.

"Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan kerana pengusaha berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015," menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu menyebut MPPP mengeluarkan lesen kepada pengusaha baharu mengikut keputusan yang dibuat MPPP pada 8 Oktober tahun lalu. Dalam sidang akhbar 2 Jun tahun laluj, Pengarah Bahagian Pelesenan MPPP, Azman Sirun berkata menurut rekod, lesen telah dikeluarkan atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.- BERNAMA



sumber
http://www.bharian.com.my/node/30275


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.