Khamis, 29 Januari 2015

Khamis, Januari 29, 2015
Neelofa Jawab Isu Qari Sentuh Kepala | Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari, Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Neelofa Jawab Isu Qari Sentuh Kepala

Tambah Neelofa, Qari tersebut sebenarnya saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.

"Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebeanrnya terjadi.

"Lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudara saya yang datang dari Pakistan dan dia memegang kepala saya secara spontan yang juga budaya masyarakat mereka untuk menyapa dan bertanya khabar," katanya.

Dalam pada itu, Neelofa tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan seorang kerabat diraja pada tahun lalu.

Katanya, isu berkenaan sangat sensitif dan langkah mendiamkan diri adalah yang terbaik kerana bimbang keadaan bertukar keruh dan timbul salah faham.

"Tiada apa yang boleh saya katakan dan saya pilih untuk tidak mengulas mengenai perkara itu," jelasnya.

Neelofa ditemui pada majlis sidang media pengumuman calon lima terbaik Anugerah MeleTOP Era (AME 2015) yang berlansung di Hotel Double Tree by Hilton di sini pada Rabu.
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/29/isu-qari-neelofa/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.