Isnin, 5 Januari 2015

Isnin, Januari 05, 2015
Neeson Terfikir Peluk Agama Islam | Bintang filem "Taken" Liam Neeson, mengakui keindahan azan dimasjid lalu membuatkan dirinya berasa tertarik untuk memeluk agama Islam.

Neeson Terfikir Peluk Agama Islam

Liam Neeson kini berusia 59 dibesarkan dalam keluarga Kristian mengakui tertarik dengan agama Islam setelah mendengar laungan azan dimasjid di Turki.

"Mereka solat 5 kali sehari. Pada minggu pertama saya berasa sangat rimas tetapi lama kelamaan keindahan Islam mulai meresap dalam jiwa saya"

"Dengan 4,000 masjid disana dan semuanya kelihatan indah membuatkan saya terfikir untuk memeluk agama Islam. Saya mungkin dilahirkan dari keluarga Kristian dan dibesarkan dalam ajaran itu tetapi dengan usia yang semakin meningkat, semakin banyak yang kita ketahui"

"Saya perlu membuat keputusan sendiri dan pernah membaca buku agama kepercayaan yang lain" ujarnya lagi.

Tambahnya, kini tiba masa untuk dia bertanya pada diri sendiri mengenai tanggungjawab serta tujuan diberi peluang untuk hidup.

sumber
MetroAhad


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.