Sabtu, 3 Januari 2015

Sabtu, Januari 03, 2015
Nurul Wahab Dijangka Bersalin Awal Kerana Masalah Uri

Nurul Wahab Dijangka Bersalin Awal Kerana Masalah Uri  | Nurul Wahab yang sepatutnya melahirkan anak keduanya pada bulan hadapan berkemungkinan bersalin sebulan awal kerana masalah uri.

Tambah Nurul, perkara tersebut berlaku selepas dia disahkan mengalami placenta previa atau uri berada di bawah sehingga terpaksa dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court, pada Rabu lalu.

"Saya mengalami pendarahan yang banyak pada pagi Rabu lalu dan suami terus membawa saya ke hospital. Doktor mandapati pendarahan tersebut disebabkan uri saya berada di bawah.

"Kandungan saya memasuki lapan bulan dan jika keadaan uri masih tidak bergerak saya akan bersalin bulan ini juga secara pembedahan. Sekarang saya masih dalam pemerhatian doktor selama 48 jam," ujarnya.

Nurul ditahan di wad pusat perubatan berkenaan selepas mengalami pendarahan teruk ketika ingin membuang air kecil pada pagi Rabu lalu.

Dalam pada itu, Nurul berkata, kandungannya berada dalam keadaan selamat dan sihat, namun dia tidak dibenarkan untuk terlalu banyak bergerak.

"Alhamdulillah, bayi sihat ketika sampai sahaja di sini, doktor terus memeriksa keadaan bayi dan kadar degupan jantungnya.

"Buat masa ini saya tidak dibenarkan angkat benda berat termasuk mendukung anak saya Zachary yang kini 11 kilogram, selain itu saya tidak dibenarkan bergerak aktif kecuali ke tandas sahaja," katanya.

Jelasnya, doktor akan membuat pemeriksaan semula dalam dua minggu lagi bagi memastikan keputusan untuk bersalin secara normal atau pembedahan.

Sementara itu, Nurul menjelaskan placenta previa merupakan keadaan yang boleh berlaku kepada sesiapa juga ibu mengandung tanpa sebarang sebab tertentu.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/02/nurul-wahab-bersalin-awal/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.