Jumaat, 16 Januari 2015

Jumaat, Januari 16, 2015
Nurul Wahab Selamat Lahirkan Anak Lelaki, "Baby R' | Nurul Wahab selamat melahirkan anak kedua hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp.

Nurul Wahab Selamat Lahirkan Anak Lelaki, "Baby R'

Bayi lelaki yang diberi gelaran Baby R dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 4.43 petang semalam.

Baby R seberat 2.48 kilogram dilahirkan secara pembedahan.

Nurul Wahab memuat naik berita gembira itu lewat tengah malam tadi di laman Instagram miliknya selain sempat menulis mengenai perkara berkenaan di blog beliau.

Nurul Wahab Selamat Lahirkan Anak Lelaki, "Baby R'

"Keadaan saya dan anak kedua okey. Cuma bayi dilahirkan tak cukup bulan maka dia dipantau dan diletakkan di dalam inkubator. Saya dinasihatkan berehat dan dilarang menerima pelawat lagi buat masa ini," katanya.

Nurul dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court dekat sini petang Ahad selepas berlaku  pendarahan sekali lagi akibat mengalami placenta previa atau uri berada di bawah.

Selain itu, Nurul juga membatalkan majlis baby shower  yang dirancang pada 25 Januari ini.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/29592
https://nurulwahabdepp.wordpress.com/2015/01/15/baby-r-really-cant-wait-welcome-to-the-world/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.