Khamis, 15 Januari 2015

Khamis, Januari 15, 2015
Papan Tanda Federal Highway Jatuh Di Langgar Treler | Sebuah treler yang membawa kren merempuh papan tanda di persimpangan Batu Tiga, Lebuh raya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang, petang semalam.

Papan Tanda Federal Highway Jatuh Di Langgar Treler

Kejadian kira-kira 3 petang itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih tiga kilometer di lebuh raya berkenaan.

Pemandu treler berkenaan dikenali sebagai Mat, 40, berkata, beliau membawa kren untuk dihantar ke tapak pembinaan di laluan bersebelahan lebuh raya berkenaan.

Papan Tanda Federal Highway Jatuh Di Langgar Treler

Menurutnya, kejadian itu disebabkan terdapat bahagian pada kren yang di bawa melebihi ketinggian papan tanda berkenaan sehingga menyebabkan ia tersangkut.

"Saya tidak sangka kren yang di bawa tidak dapat melepasi papan tanda berkenaan namun bersyukur kerana tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya ketika ditemui.

Papan Tanda Federal Highway Jatuh Di Langgar Treler

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/23797


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.