Sabtu, 10 Januari 2015

Sabtu, Januari 10, 2015
Pegawai Khas Bertumbuk: KJ Serah Pada Polis | Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan mengulas mengenai insiden pergaduhan di antara pegawai khasnya dengan seorang pemimpin Perkasa Perak baru-baru ini.

Pegawai Khas Bertumbuk: KJ Serah Pada Polis

"Saya belum sempat berhubung dengan pegawai berkenaan, tapi oleh kerana hal ini sudah dilaporkan (kepada polis), saya serahkan kepada polis.

"..Kena tanya polislah..Mana saya tahu," katanya selepas berlangsungnya sidang akhbar Parlimen Belia, hari ini.

Sebelum ini, insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah majlis di Lenggong, Perak mula tersebar secara meluas menerusi media massa.

Pegawai Khas KJ Tumbuk Pemuda Perkasa

Pegawai khas Khairy didakwa menumbuk seorang lelaki sehingga berdarah hanya kerana berlaku salah faham melibatkan bantuan terhadap mangsa banjir.

Insiden tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/insiden-tumbuk-khairy-serah-kepada-polis-1.349321


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.