Khamis, 29 Januari 2015

Khamis, Januari 29, 2015
Pelabur Tertipu: Azad & Eira Kini Tiada Kena Mengena Dengan Rania Marketing | Berniaga memang bagus, tetapi kalau berniaga dengan konsep MLM....sila berhati-hati kerana takut masuk angin keluar asap.

Pelabur Tertipu: Azad & Eira Kini Tiada Kena Mengena Dengan Rania Marketing

Terkini pasangan selebriti, Eira Syazira dan suami, Azad Jazmin, dilaporkan akan mengadakan sidang akhbar tergempar bagi menjelaskan kedudukan mereka dalam perniagaan Rania Marketing Sdn. Bhd.

Menerusi akhbar Utusan Online, Eira turut berkongsi beberapa video pendek dalam Instagram miliknya mengenai rungutan beberapa pelabur dalam perniagaan itu yang didakwa menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut.

“Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi.

“Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Eira, dia dan Azad yang juga ketua untuk perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran itu terpaksa bertindak demi menjaga kepentingan orang bawahannya.

“Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat.

“Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka,” katanya.

Pelabur Tertipu: Azad & Eira Kini Tiada Kena Mengena Dengan Rania Marketing

Selain orang awam, perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran ini juga turut disertai beberapa artis terkenal lain seperti Keith Foo dan Shaheizy Sam.

Dalam pada itu, pihak Utusan melaporkan, Rania Marketing adalah milik Datin Muniroh Shuhaimy yang juga ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani.

#Bagaimanapun tinjauan kami ke Instagram kedua-dua duami isteri ini, TIADA sebarang penafian atau kisah tentang nasib pelabur baru dalam Rania Marketing. Yang ada hanya satu lagi (mungkin perniagaan terbaru mereka) perniagaan onlie produk kesihatan dari mereka.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rania-marketing-eira-syazira-buat-sidang-media-1.53898


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.