Isnin, 19 Januari 2015

Isnin, Januari 19, 2015
Pelakon Veteran Terlibat Jenayah Wang HARAM? | Mengucap panjang Cik Pang apabila seorang teman produksi mengingatkan supaya berhati-hati dengan pelakon veteran ini. Jika dia mengajak menyertai perniagaan diusahakan, jangan sekali-kali terima dan bersetuju.

Pelakon Veteran Terlibat Jenayah Wang HARAM?

Tanya Cik Pang, mengapa pula begitu sebab pelakon veteran ini setahu Cik Pang baik orangnya dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada sesiapa.

Kata teman produksi itu, orang keliling senang ditipunya kerana dia nampak baik dan tidak pernah menimbulkan masalah.

Cerita teman produksi itu lagi, sejak pelakon veteran itu kurang mendapat tawaran berlakon, dia mula berjinak-jinak dengan satu aktiviti jenayah wang haram.

Modus operandinya adalah memujuk rakan yang dirasakan boleh 'makan' untuk mengedarkan dan menukarkan wang palsu kepada wang haram.

Cik Pang macam tak nak percaya apa yang dikatakan teman produksi ini dan Cik Pang tanya pernahkah dia lihat dan saksikan dengan mata dan kepalanya sendiri.

Jelasnya, dia tidak pernah nampak tetapi beberapa kenalan dalam produksi sudah bercerita kerana cuba dibawa menyertai pelakon veteran itu.

Bagi Cik Pang, kalau sudah tahu, perkara seperti ini tidak boleh dibawa main-main. Kalau benar ada bukti, bawa perkara itu kepada pihak berkuasa.

Namun kalau tak ada yang mahu melaporkannya, Cik Pang hanya anggap ini hanya gosip atau omongan kosong yang sengaja ditimbulkan dengan niat mahu menjatuhkan maruah pelakon veteran terbabit.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/24480


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.