Khamis, 1 Januari 2015

Khamis, Januari 01, 2015
Pengarah Drama, Joeza Rasidi Meninggal Dunia | Pengarah drama, Joeza Rasidi, 40, meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat sakit kepala, 7 pagi tadi.

Pengarah Drama, Joeza Rasidi Meninggal Dunia

Joeza atau nama sebenarnya Nor Jauza banyak mengarahkan drama bersiri popular antaranya Jangan Ambil Padang Kami lakonan Izreen Azminda, Soffiya (Tiz Zaqyah) dan Mana Hilangnya Juwita lakonan Erra Fazira, Umie Aida dan Lisa Surihani.

Drama Jangan Ambil Padang Kami terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd muncul pemenang kategori Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2012 lalu.

Bapanya, Rasidi Sabri, 69, berkata, anaknya itu mengadu sakit kepala minggu lalu sebelum mereka membawanya ke Hospital Putrajaya.

“Hasil pemeriksaan, doktor memaklumkan punca sakit kepalanya bermula dari dua batang giginya yang rosak. Saluran gigi itu ada sambungan ke saraf kepala menyebabkan dia mengalami sakit.

“Keputusan dibuat dengan mencabut giginya tetapi sakit itu tidak sembuh juga. Doktor juga minta untuk lakukan pembedahan, namun kami tidak benarkan,” katanya.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru Batu 14, Puchong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong petang ini.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/20453


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.