Isnin, 12 Januari 2015

Isnin, Januari 12, 2015
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen Di Tahan Polis | Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen ditahan sebentar tadi bagi membantu siasatan polis berhubung kenyataannya menerusi akaun Twitter yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosikan extremisme pada setiap Jumaat.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen Di Tahan Polis

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun Twitternya yang memaklumkan Paulsen ditahan di sekitar kawasan Brickfields.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru saja menangkap Eric Paulsen di Brickfields (sebentar tadi)," Itu catatan di dalam akaun Twitter Khalid kira-kira 9.40 malam ini.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen Di Tahan Polis

Sebelum itu, Paulsen membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 12 tengah hari tadi (isnin) selepas mendakwa menerima ugutan bunuh.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/23366


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.