Isnin, 19 Januari 2015

Isnin, Januari 19, 2015
Pengusaha Nasi Kandar Line Clear Ikrar Pertahan Restoran Hingga Hujung Nyawa | Pengusaha kedai makananan nasi kandar ‘Line Clear’ Salim Madinah, 36 mempertikaikan tindakan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang bertindak merampas peralatan perniagaan di Jalan Penang di sini pagi tadi.

Pengusaha Nasi Kandar Line Clear Ikrar Pertahan Restoran Hingga Hujung Nyawa

Salim ketika ditemui media petang tadi terkejut dengan tindakan MPPP berkenaan memandangkan tidak diberi notis awal supaya mengosongkan restoran tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai melampau.

“Mengapa tak mai (antara) pukul 8.00 atau 9.00 pagi dan kenapa nak datang pada pukul 4.00 pagi?

“Bukankah ini satu tindakan yang melampau, sedangkan banyak lagi kedai-kedai makanan lain yang dibuka di lorong jalan, apakah mereka kroni” ujarnya kecewa.

Hashim turut sedih dengan tindakan MPPP yang merampas peralatan dan kelengkapan perniagaan seperti meja dan kerusi sedangkan ia merupakan hasil usaha titik peluh mereka selama ini.

“Kami berniaga pagi, petang, siang dan malam kerana Allah dan kamu (MPPP) tergamak untuk merampasnya.

“Wallahi, kami tidak akan keluar dan akan mati di sini dan kami akan lawan habis-habisan” ujarnya sedih.


Pengusaha Nasi Kandar Line Clear Ikrar Pertahan Restoran Hingga Hujung Nyawa

Sehubungan itu, dia turut membuat laporan polis berhubung tindakan MPPP tersebut di Balai Polis Daerah Timur Laut di sini.

Dalam kejaadian kira-kira pukul 4 pagi tadi itu kira-kira 40 penguat kuasa MPPP bertindak merampas peralatan seperti meja, kerusi dan tempat membancuh minuman.

Ketika operasi itu, kira-kira lima pelanggan sedang menikmati makanan di restoran nasi kandar popular tersebut.

Segala tindakan zalim MPPP itu turut dirakam dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).



sumber
http://www.suara.tv/2015/01/19/video-kami-akan-mati-disini-ujar-pengusaha-restoran-line-clear/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.