Ahad, 18 Januari 2015

Ahad, Januari 18, 2015
Penjawat Awam Hampir Maut Masih Trauma | Seorang penjawat awam wanita yang diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki ketika bekerja lebih masa di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini malam kelmarin masih berada dalam keadaan trauma.

Penjawat Awam Hampir Maut Masih Trauma

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, mangsa yang sedang dirawat di Hospital Putrajaya tidak boleh tidur lena dan takut untuk menemui orang yang tidak dikenali.

“Fikiran mangsa sentiasa terganggu kerana masih bimbang diserang secara tiba-tiba oleh orang yang tidak dikenali.

“Mangsa pada masa yang sama mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan hidung tetapi tidak mengalami pendarahan dalaman,” katanya kepada pemberita selepas melawat penjawat wanita berumur 30 tahun tersebut di Hospital Putrajaya di sini semalam.

Kejadian serangan tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak selepas gambar mangsa yang berlumuran darah dan sedang meminta tolong tersebar melalui Internet.

Penjawat Awam Hampir Maut Masih Trauma

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, mangsa yang masih bujang diserang pada pukul 7 malam ketika bekerja lebih masa di pejabat di tingkat 24.

“Mangsa mempunyai tugas yang belum disiapkan pada malam kejadian dan meminta bahagian penyelenggaraan bangunan supaya tidak memadamkan lampu pejabat.

“Lelaki itu yang dipercayai seorang jurutenik yang naik ke pejabatnya tiba-tiba menyerang dan mencederakannya. Bagaimanapun, mangsa sempat melarikan diri dan meminta tolong di kafe di tingkat satu bangunan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi berkata, suspek berumur 30-an ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Katanya, motif suspek melakukan serangan masih disiasat polis.
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.