Isnin, 5 Januari 2015

Isnin, Januari 05, 2015


Penjelasan Hairul Azreen Tentang Lamaran di Gegar Vaganza | Hairul Azreen melakukan kejutan buat kekasihnya yang juga pelakon Hanis Zalikha apabila dia melamar wanita itu pada final Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.

Penjelasan Hairul Azreen Tentang Lamaran di Gegar Vaganza

Lamaran itu diadakan pada segmen selingan sewaktu persembahan kumpulan Kristal.

Menurut Hairul, perancangan ini sudah diatur bersama Astro dan keluarga Hanis tanpa pengetahuan Hanis sendiri.

"Saya memang bercadang melamar Hanis namun tidak menyangka ia dilakukan di atas pentas. Meskipun pada awal merasa seperti tidak kena namun ia kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka.

"Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan baik.

Pada persembahan itu, Hairul telah membuat aksi breakdance sebelum pengacara program itu iaitu Nabil Ahmad dan Jehan Muse menjemput Hanis naik ke pentas.

"Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

"Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk memdapat restu mereka.

"Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?" lamar aktor itu.

Hanis ketika itu tidak menjawab soalan Hairul sebaliknya terkedu dengan  lamaran tersebut.

Selepas ditanya sekali lagi, Hanis mengangguk malu dan menjawab tanda setuju menerima lamaran Hairul untuk menjadi suri aktor itu.

"Ya, saya terima lamaran ini, InsyaAllah," ujarnya.

Kejutan itu membuatkan penonton di dewan bersorak menandakan keterujaan mereka terhadap pasangan itu.

"InsyaAllah perbincangan susulan akan dilakukan bersama kedua ahli keluarga dan kalau boleh saya mahu berkahwin tahun ini juga," katanya.


Bagaimanapun sejurus selepas konsert itu berlangsung, Hairul dan Hanis atau nana sebenarnya Hanis Zalikha Zainal, 25, muncul memberi penjelasan berhubung gimik berkenaan.

Dalam sidang media yang berakhir kira-kira pukul 1.45 pagi Selasa itu, Hariul menafikan tujuan lamaran itu untuk meraih tumpuan umum.

Katanya, lamaran tersebut dibuat dengan niat ikhlas untuk memberitahu kepada umum bahawa dia serius menjalinkan hubungan cinta dengan aktres itu.

"Sebelum ini apabila wartawan tanya, saya jawab Hanis adalah kawan baik saya dan apabila sampai masanya saya akan memberitahu secara umum (mengenai hubungan sebenar mereka).

"Jadi saya kotakan janji itu menerusi kejutan lamaran ini bahawa kami sedang menjalinkan hubungan," katanya.

Tambahnya, idea membuat kejutan lamaran dipersetujui bersamanya dengan pihak Astro selepas dia meberitahu hasrat hati untuk melamar Hanis.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/05/hairul-azreen-lamar-haniz-zalikha/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.