Selasa, 6 Januari 2015

Selasa, Januari 06, 2015

Penjelasan Izreen Azminda Tentang Kekasih Baru
Penjelasan Izreen Azminda Tentang Kekasih Baru | "Sebelum ini saya boleh terima lagi jika ada orang cuba mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki tetapi semakin lama ia membuatkan saya berasa rimas... jadi hentikanlah," katanya.

Menurut Izreen, berkata, gambar berkenaan tidak membawa sebarang maksud dan ia diambil sekadar suka-suka selain menganggap Nazrief sebagai adik.

"Tidak mungkin saya bercinta dengan Nazrief kerana menganggap dia seperti adik sendiri dan gambar itu diambil oleh salah seorang teman kami semasa keluar makan.

"Dia seorang yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah sebagai pelakon jika dia benar-benar fokus terhadap kerjayanya," katanya.

Gosip kedua-dua mereka timbul selepas tindakan mereka memuat naik gambar masing-masing dengan gaya berbeza di Instagram Penejlasan Izreensehingga menimbulkan pertanyaan pengikut di laman sosial itu.

Dalam pada itu, Izreen mengakui berasa rimas kerana sering menjadi tohmahan apabila dikaitkan dengan lelaki yang berlakon disampingnya atau pun menerusi 

Dia berharap masyarakat terutamanya pengikut di laman sosial berhenti daripada meninggalkan komen berbaur spekulasi dan telahan kerana dia kini tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Sementara itu, Izreen berkata, dia tidak berhasrat untuk mencari pengganti selepas mengalami kegagalan rumah tangga bersama bekas suami, Muhammad Riza pada Jun tahun lalu.

Dia juga tidak terburu-buru dalam soal itu kerana tumpuannya kini adalah kepada kerjaya dan anak tunggalnya, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 18 bulan.

"Tidak mungkin saya akan bercinta dalam masa terdekat ini kerana kehidupan selepas bercerai baru sahaja stabil dan biarlah saya fokus kepada kerjaya dan anak terlebih dahulu.

"Tambahan pula pengalaman dan kesilapan lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan," ujarnya.


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/06/izreen-komen-pelakon-baharu/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.