Selasa, 13 Januari 2015

Selasa, Januari 13, 2015
Penjelasan Sebenar Kisah Budak Sekolah Pakai Beg Kotak Minuman | Sesi persekolahan 2015 yang bermula hari ini, bagi ibu bapa sudah tentunya persediaan untuk ke sekolah telah dibuat lebih awal.  Baju uniform, kasut, stokin dan beg termasuk alat tulis sudah tentunya menjadi perkara utama dalam senarai barang keperluan sekolah untuk dibeli.

Penjelasan Sebenar Kisah Budak Sekolah Pakai Beg Kotak Minuman

Kebetulan beberapa negeri di Malaysia telah teruk dilanda banjir baru-baru ini, bagi mangsa yang terlibat mungkin menemui kesukaran untuk menyediakan keperluan sekolah untuk anak-anak mereka. Mungkin kerana 'terlebih' prihatin, satu foto seorang murid sekolah yang menggalas beg kotak mula viral di media sosial termasuk Whatsapp.

Tersebarnya foto itu, maka ramailah yang berasa simpati malah ada juga yang mengaitkannya dengan mangsa banjir. Lebih dahsyat adalah golongan yang cuba mengaitkan foto tersebut dengan kelemahan sistem bantuan kerajaan. Hakikatnya pengguna media sosial dan Whatsapp tertipu dengan foto itu tanpa mengetahui fakta sebenarnya.

Penjelasan Sebenar Kisah Budak Sekolah Pakai Beg Kotak Minuman

Akhirnya, seorang pengguna di facebook bernama Rozali Salleh menerangkan cerita sebenar di sebalik foto itu.

Penjelasan Sebenar Kisah Budak Sekolah Pakai Beg Kotak Minuman

“Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah Pensiangan, Sabah. Memandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut." terang Rozali pada kemaskini facebooknya.


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/foto-murid-sekolah-galas-beg-kotak-jadi-viral-ini-penjelasannya-52060


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.