Ahad, 25 Januari 2015

Ahad, Januari 25, 2015
Penyampai Radio Dakwa Anak Kena Dera Di Pusat Asuhan | Seorang penyampai radio mendakwa anak lelakinya berusia setahun lapan bulan didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Kelana Jaya dua hari lalu.

Penyampai Radio Dakwa Anak Kena Dera Di Pusat Asuhan
Nazira Noran
Menurut Nazira Noran, 35, yang bertugas dengan Bernama Radio24, suaminya Muhammad Farid Samsuddin, 41, menyedari kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan kanan dan kiri, belakang badan serta dahi anaknya ketika menjemputnya dari taska itu pada petang Khamis.

"Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama.

"Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa," katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.

Penyampai Radio Dakwa Anak Kena Dera Di Pusat Asuhan

Nazira berkata, beliau membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada Jumaat.

"Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ," katanya.

Nazira berkata, anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan buat masa ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dijaganya sendiri susulan insiden berkenaan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/01/24/dj-dakwa-anak-didera/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.