Rabu, 14 Januari 2015

Rabu, Januari 14, 2015
Pilot Helikopter PDRM Masih Hidup, Jalani Rawatan Di KL | “Kami memang terkejut dan sedih sangat apabila ada yang sebar maklumat begitu (palsu).

Pilot Helikopter PDRM Masih Hidup, Jalani Rawatan Di KL

“Alhamdulillah, suami saya masih bernafas malah dia semakin pulih daripada kecederaan dialami,Kita sepatutnya saling mendoakan yang baik untuk satu sama lain, bukan sebar maklumat sewenang-wenangnya tanpa fikir mengenai perasaan saya dan ahli keluarga kami.

“Saya memang sedih bila ada orang begini,” kata isteri kepada Asisten Superintendan Amirul Adli Ahmad, juruterbang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang cedera dalam nahas helikopter ketika misi hantar bantuan kepada mangsa banjir di Tanah Merah, 31 Disember lalu.

Isteri Amirul Adli berkata demikian apabila terdapat pihak tidak bertanggung jawab menyebarkan kematian suaminya di media sosial. Berita tersebut kemudiannya menjadi viral.

Pilot Helikopter PDRM Masih Hidup, Jalani Rawatan Di KL

Amirul Adli semakin pulih daripada kecederaan tulang belakang selepas dua minggu dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Beliau dihantar ke rumah mentuanya di Permatang Pasir, Banting, Selangor, menggunakan penerbangan ikhsan TUDM Nuri M3-20 dari Pangkalan Chepa Kelantan dan akan mendapatkan rawatan susulan di Kuala Lumpur.

Pilot Helikopter PDRM Masih Hidup, Jalani Rawatan Di KL
Pilot Helikopter PDRM Masih Hidup, Jalani Rawatan Di KL

Lagi gambar ketibaan ASP Amirul [DISINI]

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/23582
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.915834071760234.1073742605.161086313901684&type=1



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.