Ahad, 4 Januari 2015

Ahad, Januari 04, 2015
Polis Cari Suspek Khianat Angkor Wat | Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai telah merosakkan patung berhala dan peralatan sembahyang di Wat Chanthraram, Tanah Liat di Bukit Mertajam semalam.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia 30-an dan dipercayai kurang siuman itu dikatakan datang ke rumah ibadah berkenaan pada pukul 10.10 pagi dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Polis Cari Suspek Khianat Angkor Wat

Katanya lelaki itu kemudiannya bertindak menjatuhkan dan memecahkan patung berhala yang berada di satu daripada bangunan wat berkenaan sebelum beredar ke bangunan kedua untuk membuang bekas tembaga berisi
colok sembahyang.

"Dia juga dilihat mengelilingi bangunan wat berkenaan beberapa kali dan turut bermain-main dengan anjing di kawasan terbabit sebelum beredar tidak lama kemudian.

"Kejadian itu disedari oleh beberapa kanak-kanak yang berada di kawasan berhampiran dan memaklumkannya kepada penjaga wat sebelum pengurusan rumah ibadah berkenaan membuat laporan polis," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

"Pihak polis sedang mengesan lelaki yang dipercayai kurang siuman berkenaan dan saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.- Bernama

sumber
http://www.malaysiakini.com/news/285254


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.