Isnin, 5 Januari 2015

Isnin, Januari 05, 2015
Polis Johor Kutip RM2.4 Juta dari Pemandu Singapura | Polis Johor mengutip kira-kira RM2.4 juta dalam tempoh enam hari sejak 27 Disember lalu hasil Ops Saman Warga Asing.

Polis Johor Kutip RM2.4 Juta dari Pemandu Singapura

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, jumlah itu dikutip hasil daripada 15,470 saman warga Singapura yang tertunggak.

Menurutnya, pihaknya menjalankan operasi khas itu bersama pasukan trafik Bukit Aman yang berakhir 1 Januari lalu.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan untuk mengesan pesalah lalu lintas terutamanya kenderaan dari Singapura yang tidak menjelaskan saman mereka sebelum ini.

"Sebanyak RM1.3 juta dikutip menerusi bayaran tunai, manakala RM1.1 juta lagi dibayar pesalah menerusi kad kredit," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/21463


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.