Jumaat, 30 Januari 2015

Jumaat, Januari 30, 2015
Polis Nafi Berlaku Tetakan Kaum di Pandan Jaya | Pihak polis menafikan khabar angin kononnya telah berlaku insiden tetakan antara kaum di Pandan Jaya, seperti disebarkan melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Polis Nafi Berlaku Tetakan Kaum di Pandan Jaya

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad menegaskan tiada kejadian seumpama itu berlaku dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

"Keadaan di sekitar Pandan Jaya aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti harian," katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak berasas.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi dan menyebar maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Bagi sebarang maklumat, sila rujuk pihak berkuasa" katanya.

#Janganlah mudah terpedaya dengan sumber2 sebaran di media sosial terutamanya Whatsapp....check dulu sebelum anda juga turut menyebarkannya.....kalau tak pasti sila abaikan saja.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-nafi-insiden-tetakan-kaum-di-pandan-jaya-52957?cp


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.