Sabtu, 3 Januari 2015

Sabtu, Januari 03, 2015
Polis Tembak 2 Das, Tahan Seorang Suspek | Polis melepaskan dua das tembakan ke arah sebuah kereta jenis Volkswagen yang dipandu secara melulu, sebelum menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah, di Jalan Kebun Teh, Johor Baharu awal pagi semalam.

Polis Tembak 2 Das Tahan Seorang Suspek
Gambar Hiasan - Anggota Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Kuantan dilanggar samseng jalanan ketika operasi ambang tahun baru yg diadakan di Bukit Rangin
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, anggota polis cegah jenayah yang sedang menjalankan operasi terserempak dengan sebuah kenderaan yang mencurigakan, pada pukul 6.30 pagi.

Beliau berkata polis kemudiannya menghampiri kereta tersebut dan mendapati terdpat dua lelaki, seorang di dalam kereta sementara seorang lagi berada di luar kereta.

"Apabila menyedari kehadiran polis, suspek yang berada di dalam kereta terus menghidupkan enjin kenderaan tersebut dan mengundurkannya sehingga melanggar dua buah motosikal yang ditunggangi anggota kita.

"Namun anggota kita sempat melompat (dari motosikal) sebelum enjin motosikal mereka terbakar. Pada waktu itu, demi mempertahankan nyawa mereka, kedua-dua anggota kita terpaksa melepaskan dua tembakan yang mengenai kenderaan suspek," katanya selepas merasmikan misi menghantar bantuan untuk mangsa banjir ke pantai timur, di Balai Polis Bandar Dato Onn semalam.

Sulaiman berkata suspek yang berada di dalam kereta dapat melarikan diri manakala yang diluar kereta yang berusia lingkungan 20-an berjaya ditahan.

Beliau berkata suspek yang ditahan mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah.

Kes disiasat atas cubaan membunuh penjawat awam semasa menjalankan tugas. - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-lepas-tembakan-sebelum-tahan-suspek-1.346964


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.