Khamis, 15 Januari 2015

Khamis, Januari 15, 2015
Punca Sebenar Pelajar Baju Kurung Di Halau Dari Sekolah | Semalam (Rabu), heboh di portal berita dan blog tentang satu kes yang menimpa seorang pelajar perempuan bukan Islam di sebuah sekolah di Cheras yang dihalang untuk masuk ke kelas dan disuruh balik kerana memakai baju kurung.

Punca Sebenar Pelajar Baju Kurung Di Halau Dari Sekolah

Sebagai pembaca, pastinya ramai yang beranggapan tindakan pihak sekolah amatlah tidak wajar kerana inisiatif pelajar tersebut sepatutnya disokong kerana memilih untuk mengenakan baju kebangsaan dan tidak mendedahkan aurat kaki.

Namun, kesimpulan tidak sepatutnya dibuat terlalu awal kerana masih tiada pihak yang mengetahui sebab utama tindakan tersebut diambil oleh pihak sekolah terbabit.

Isu tersebut kemudiannya mendapat perhatian dari seorang guru disiplin di sebuah sekolah lain yang mempunyai andaian sendiri kenapa kejadian tersebut berlaku.

Punca Sebenar Pelajar Baju Kurung Di Halau Dari Sekolah

Menurut guru wanita yang menggunakan nama akaun Jayanthy Sri, dia berkata, pihak sekolah tidak akan sewenang-wenangnya menghalau pelajar pulang tanpa sebab yang kukuh.

“Sebelum komen fikir dulu, cikgu bukan bodoh nak halau budak tu. Kebanyakan budak non-Muslim pakai baju kurung tak pakai singlet so nampak lah baju dalam mereka.

"Tak pakai tudung kan. Sangat menjolok mata. I cikgu disiplin so I taulah trend pelajar. Baju kurung dipakai dengan tudung memang sopan. Tanpa tudung sangat jarang!”


Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sekolah  yang terletak di Cheras. Menurut si bapa pelajar tersebut, Lawrence Jayaraj, pihak sekolah terbabit hanya membenarkan pelajar wanita Melayu sahaja memakai baju kurung.

Akibat dari larangan untuk anaknya masuk ke kelas, dia terpaksa ke sekolah tersebut dan mengambil anaknya semula.

Punca Sebenar Pelajar Baju Kurung Di Halau Dari Sekolah

Ujar Lawrence lagi, isu tersebut masih gagal diselesaikan antaranya dan guru penolong kanan sekolah itu kerana dia tetap bertegas dengan peraturan tersebut.

Selepas ini diharap kementerian dengan kerjasama pihak sekolah patut membuat taklimat khas buat pelajar perempuan bukan Islam tentang etika pemakaian tersebut agar ‘isu pelajar dihalau balik’ tidak lagi berulang.

Terang pada mereka, baju kurung sekolah sepatutnya dipakai bersama singlet agar baju dalam tidak kelihatan.

sumber
http://mynewshub.cc/2015/01/15/kes-tak-boleh-pakai-baju-kurung-mungkin-sebab-nampak-coli/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.