Ahad, 18 Januari 2015

Ahad, Januari 18, 2015
Ramli MS & Alyah Tak Bercakap, Perang Dingin? | Susulan pertelagahan Ramli MS dan Alyah yang berpunca daripada sekeping gambar lama di laman sosial Instagram, Ahad lalu, mereka dilihat masih berada dalam situasi kurang menyenangkan.

Ramli MS & Alyah Tak Bercakap, Perang Dingin?

Nampaknya pergeseran antara Ramli dan Alyah masih berlanjutan memandangkan sebagai suami isteri, selalunya apa juga masalah timbul, jalan penyelesaian akan diambil secepat mungkin dengan tujuan memulihkan hubungan.

Menurut laporan Cik Pang, Harian Metro yang merisik krew produksi AJL29, sepanjang sesi latihan itu, jelas Alyah dan Ramli tidak bercakap antara satu sama lain.

Menurut krew produksi AJL29, segala urusan berjalan lancar dan masing-masing hanya menumpukan perhatian pada kerja mereka.

Malah walaupun tak bercakap antara satu sama lain, Ramli memimpin pemuzik untuk lagu Sesal Separuh Nyawa manakala Alyah menyanyi saja.

Alyah Langgar Kereta Ramli MS Sehingga Remuk

Mungkin juga masing-masing masih terkesan dengan banyak perkara berlaku apabila isu sekeping gambar lama berbangkit sehingga Alyah hilang pertimbangan dan melanggar kereta suaminya.

Menurut kenyataan diberi, kejadian Alyah langgar kereta Ramli baru berlaku Rabu lalu, tetapi ada sumber terdekat kepada pengarah muzik itu mengatakan ia berlaku pada malam Ahad lalu apabila isu gambar dimuat naik Alyah menjadi panas.

Biar teruk mana pun hal yang terjadi antara mereka, hanya Ramli MS dan Alyah saja yang tahu dan boleh menyelesaikannya.

Apapun, semoga apa jua masalah dihadapi akan berakhir dengan baik, juga semoga ikatan perkahwinan mereka akan terus kukuh.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/24481


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.