Ahad, 11 Januari 2015

Ahad, Januari 11, 2015
Ramli MS Kahwin Lain, Alyah Kecewa Di Permainkan? | Menerusi laman Instagram miliknya, Alyah memuatnaik sekeping gambar Datuk Ramli MS dengan seorang wanita menimbulkan kemusykilan dihati peminat.

Kapsyen gambar menunjukkan hatinya sedang kecewa dan menimbulkan persoalan apakah suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita berbaju kurung biru itu.


Dalam pada itu, menerusi akhbar Berita Harian, Alyah turut mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana berkahwin dalam diam dengan suaminya.

"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.

"Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.

"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya.

Ramli MS Kahwin Lain, Alyah Kecewa Di Permainkan

Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.

"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.

"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.

#Bagaimanapun tinjauan kami kelaman Instagram Alyah mendapati gambar tersebut telah dipadamkan....

sumber
http://www.bharian.com.my/node/28544?al


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.