Jumaat, 23 Januari 2015

Jumaat, Januari 23, 2015
Raphael Depp Nama Anak Nurul & Eric Depp | Setelah melahirkan anak keduanya pada 15 Januari lalu, akhirnya Nurul Wahab bersedia berkongsi wajah serta nama bayi laki keduanya itu.
Menerusi blog milik Nurul hari ini mendedahkan perkara tersebut sempena mengambil berkat hari Jumaat.



Dibawah merupakan tulisan Nurul yang menerangkan maksud nama anaknya itu yang selama ini dipanggil dengan panggilan Baby R.
“Sempena hari Jumaat yang berkat ini, aku dan keluarga memutuskan untuk memperkenalkan ahli keluarga terbaru kami pada semua. Juga untuk memuaskan permintaan semua peminat. Inilah dia Baby R atau nama penuhnya RAPHAEL DEPP. Kami sekeluarga menggunakan nama singkatan RAFFA.

“Aku pasti ramai nak tahu maksud sebenar Raphael, Hanya ejaan mat saleh sikit. Tapi bagi aku bunyi sebutan dan ikut ejaan melayu, tetap ada maksudnya tersendiri. Aku tahu ramai yang akan ‘berbunyi’ bila tahu nama ini. Aku ada sebab yang tersendiri untuk memilih ejaan sedemikian. Hanya ejaan… Maksudnya seperti di bawah yang dicari melalui Google oleh adik aku Wahida dan juga teman baik aku dan Eric iaitu Yus Alighor…

“Sedikit lagi info tentang nama Raphael juga. Yang ini kalian boleh Google. Memang ada. Ianya dicari oleh ‘Atok Uncle’ aku. (memang gelak lah kawan baik aku tu kalau baca part ini) Katanya, nama Raphael adalah di dalam bahasa Hebrew dan di dalam Islam, nama itu sebenarnya adalah Israfil. Malaikat peniup sangkakala ketika tibanya hari kiamat. Ianya juga membawa maksud penyembuh. Google ya nanti!

Zachary pula sebagai abang baru kepada adiknya, bukan main sayang adiknya. Namun kali pertama, dia agak pelik. Seakan bertanya kepada kami, siapa dan apakah ini – melalui pandangan matanya. Kali pertama melihatkan adiknya yang diberi susu badan, dikatanya ‘no..no..no…’ Sangkaan Zach, adiknya mahu makan aku! Hahaha.. Kelakar part tu. Selepas itu, hari keduanya, disayang-sayang adiknya. Bangun pagi je, mesti nak tengok adik dulu. Nak cium dan nak pegang. Andai ada sesiapa yang datang, dibawanya masuk ke bilik dan ditunjukkan adiknya sambil muncung mulutnya bercerita! Itulah keletah Zach. Dia tak cemburu, cuma terasa pelik kenapa terlalu kecil teman permainan nya!

Alhamdulillah.. Happy aku dan suami melihatkan Zach sedemikian. Kami mahu mereka akrab sebagai kawan juga bukan hanya adik beradik. Tapi aku pasti yang Zach tak sabar untuk  menunggu adiknya besar untuk bermain bersama. Soon Zach… Soon..
Seterusnya beberapa lagi gambar Baby R di bawah....

Raphael Depp Nama Anak Nurul & Eric Depp

Raphael Depp Nama Anak Nurul & Eric Depp

Raphael Depp Nama Anak Nurul & Eric Depp

Raphael Depp Nama Anak Nurul & Eric Depp

Raphael Depp Nama Anak Nurul & Eric Depp

Raphael Depp Nama Anak Nurul & Eric Depp




sumber
https://nurulwahabdepp.wordpress.com/2015/01/23/this-is-baby-r/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.