Jumaat, 23 Januari 2015

Jumaat, Januari 23, 2015
Ratu Cantik Mati Selepas Buang Lemak | Seorang ratu cantik tempatan di Equador, maut selepas dipaksa menjalani prosedur pembuangan lemak oleh seorang doktor walaupun pada hakikatnya mangsa sudah cukup berpuas hati dengan bentuk badannya.

Ratu Cantik Mati Selepas Buang Lemak

Berikutan kematian Ratu Cantik Duran, Catherine Cando pada Sabtu lalu, pihak berkuasa Ecuador kini memburu Dr Gustavo Berh selepas mangsa meninggal dunia minggu lalu akibat pengumpulan cecair pada otak.

Mail Online melaporkan, prosedur itu merupakan satu daripada hadiah dimenangi Cando, 19, semasa dinobatkan sebagai Ratu Cantik Duran, namun dia tidak berhasrat menjalani pembedahan tersebut.

Ratu Cantik Mati Selepas Buang Lemak

Dr Berh yang juga berperanan sebagai juri dalam pertandingan itu pada Oktober lalu bagaimanapun, terus memujuk gadis tersebut menjalani prosedur menyedut lemak yang boleh mengecilkan pinggang Cando daripada 60 sentimeter kepada 57 sentimeter.

Keluarga Cando kelmarin, menuntut jawapan daripada pihak perubatan berhubung prosedur itu yang diadakan di Guayaquil.

Ratu Cantik Mati Selepas Buang Lemak

“Dia tidak pernah mengalami masalah berat badan. Namun, doktor itu menghubunginya banyak kali dan mendesaknya,’’ kata abang Catherine, Daniel Zavala.

Tambah malang, ketika keluarga Cando cuba mencari jawapan di sebalik kisah kematian ahli keluarga mereka, Dr. Berh menghilangkan diri.

Sementara itu, pihak polis Ecuador dengan pejabat Peguam Negara sedang bekerjasama bagi menyiasat punca kematian sebenar ratu cantik tersebut.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/maut-akibat-sedut-lemak-1.50733
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2908026/Teenage-beauty-queen-dies-liposuction-received-prize-Ecuador.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.