Jumaat, 30 Januari 2015

Jumaat, Januari 30, 2015
Restoran Line Clear Bakal Di Roboh | "Jika diikutkan struktur Restoran Nasi Kandar Line Clear akan diroboh dan dikosongkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi esok," kata peguam kepada pengendali premis itu, Md Yusuf Md Idris.

Restoran Line Clear Bakal Di Roboh

Menurut Yusuf, perkara itu dimaklumkan Bahagian Perlesenan MPPP hari ini, berhubung tindakan yang bakal diambil yang dijangka dilakukan pada 7 pagi esok.

"Kami sudah mendapat perintah daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menghentikan sebarang penguatkuasaan oleh MPPP terhadap restoran ini sehingga isu penggiliran pengendalinya diselesaikan melalui mahkamah," katanya pada sidang media.

Menurutnya, permohonan semakan kehakiman itu dibuat di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah memerintahkan sebarang penguatkuasaan atau perlaksanaan MPPP digantung sehingga penentuan muktamad kes terbabit.

Pengusaha Nasi Kandar Line Clear Ikrar Pertahan Restoran Hingga Hujung Nyawa

"Secara lisan, perintah mahkamah itu diberikan kira-kira 4 petang tadi namun berikutan kesuntukan masa kami tidak sempat untuk mengambil surat perintah terbabit.

"Berikutan itu, saya berjanji akan menyerahkan segala surat dan dokumen perintah mahkamah itu pada Isnin ini," katanya.

Menurutnya, sehubungan itu pihaknya menyerahkan notis kepada MPPP supaya tidak merobohkan premis terbabit kerana ia jelas mengingkari perintah Mahkamah Tinggi.

Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear berlaku dua tahun lalu, apabila MPPP memberikan lesen kepada Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar yang dikatakan tanpa pengetahuan ahli keluarga lain.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/27428


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.