Jumaat, 2 Januari 2015

Jumaat, Januari 02, 2015
Ribut Tropika JANGMI Lenyap | Ribut Tropika Jangmi yang berada di Laut Sulu dan dikatakan menuju ke pantai barat Malaysia dilaporkan lenyap sepenuhnya semalam, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Ribut Tropika JANGMi Lenyap

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di laman Facebook jabatan itu, kedudukan terakhir ribut tersebut ialah di latitud 8.9 utara dan longitud 121.7 timur, iaitu 527 kilometer ke Timur Laut Sandakan, Sabah.

Semalam, Bernama melaporkan ribut tropika Jangmi telah menjadi lemah kepada Lekukan Tropika pada tengah hari.

Lekukan Tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Sabah (Sandakan, Kudat, pantai barat dan pendalaman), Labuan dan beberapa kawasan di Sarawak.

Jabatan itu berkata pihaknya juga akan sentiasa mengemas kini sebarang maklumat berkenaan ribut tropika Jangmi setiap tiga jam di laman sesawang www.met.gov.my. - BERNAMA

#Okeh...dah sah, jelas dan terjawab...mohon sahabat2 semua jangan panjangkan lagi sebaran wasap ribut kejadah ape yang nak melanda Mesia lagi, okeh!

sumber
http://www.bharian.com.my/node/26658


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.