Sabtu, 24 Januari 2015

Sabtu, Januari 24, 2015
Saya Tak Di Paksa Untuk Nyanyi - Zamani Slam | Zamani Slam menerusi satu sidang media menafikan dia dipaksa untuk menyanyi ketika ditahan atas penyalahgunaan dadah, Rabu lalu.

Saya Tak Di Paksa Untuk Nyanyi - Zamani Slam

Tambah Zamani, ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, seorang daripada anggota memintanya menyanyikan lagu popularnya dan dia tidak keberatan mendendangkannya.

“Dia mengaku meminati saya dan kumpulan Slam. Jadi, saya hanya menyanyikannya kerana menganggap dia peminat saya,” katanya pada sidang media di Damansara.

Hadir sama pengurusnya, Johan Aziz dan abangnya, Zulfazil.

Zamani berkata, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap pihak yang merakam video itu dan menganggapnya sudah selesai.

Bagaimanapun, Zamani mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaib dan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya.

"Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya bergari. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja.

"Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat  yang menontonnya," jelasnya.

Zamani turut merayu agar masyarakat tidak lagi berkongsi video tersebut dilaman-laman sosial.

Sementara itu, ditanya tentang keengganannya mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut, Zamani berkata, dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain.

Katanya, biarlah perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.

"Perkara itu sudah berlaku dan dia juga tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang," ujarnya.

Selain itu, dia juga berterima kasih dengan peminat yang menyokongnya namun meminta mereka yang memiliki video berkenaan tidak menyebarkannya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad, ketika dihubungi, berkata, penyanyi berusia 43 tahun itu dibebaskan.

Jelasnya, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis dadah.

"Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.

"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.

"Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga," ujarnya.

Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagaimanapun, dia mengakui statusnya sebagai seorang selebriti menyukarnya dia untuk ke pusat tersebut secara sembunyi-sembunyi.

"Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.

"Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan," katanya.


Zamani akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada  27 Januari ini

Penyanyi yang ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Taman Keramat Ampang.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/26036

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/24/zamani-slam/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.