Rabu, 28 Januari 2015

Rabu, Januari 28, 2015
Sedari Awal Romie Memang Niat Kahwini Hanez   | "Syukur Alhamdulillah segala-galanya terus dipermudahkan. Niat saya dari awal mengenali Hanez memang nak jadikan dia sebagai teman hidup saya. Tetapi lumrah dalam mana-mana hubungan pasti ada rintangan yang melanda.

Sedari Awal Romie Memang Niat Kahwini Hanez

"Ia menjadi kayu pengukur sejauh mana hubungan ini akan bertahan. Dalam hubungan kami pun, kami pernah melalui fasa berantakan. Tetapi saya tak pernah putus asa untuk terus memilikinya sekali gus memperisterikannya.

"Ketika kami putus. Saya rasa kehilangan. Anak saya (dari perkahwinan terdahulu) pun sudah rapat dengannya. Jadi saya cuba memujuknya kembali. Tetapi bukan senang untuk memenangi semula hatinya," kata Romie.

Akan tetapi semuanya akui Romie, kini segalanya seakan dipermudahkan.

"Kes perceraian saya dengan bekas isteri juga sudah berakhir. Tiada tekanan lagi. Ketika berdepan kes itu, Hanez pula dengan masalah kerjayanya yang dikatakan jatuh merudum," katanya mengakhiri perbualan.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/32022


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.