Isnin, 26 Januari 2015

Isnin, Januari 26, 2015
Seorang Dari 2 Tebusan Jepun Di Pancung ISIL | Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata tahap kebolehpercayaan video yang memaparkan seorang tebusan rakyat negara itu dihukum pancung oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah tinggi.

Seorang Dari 2 Tebusan Jepun Di Pancung ISIL

"Kami sudah mengkaji kesahihannya tapi pada masa ini kita tidak boleh membantu dengan mengatakan kredibiliti rakaman itu adalah tinggi.

"Memandangkan kepedihan yang ditanggung dan kesedihannya yang dirasai oleh keluarga mangsa, saya terkedu," katanya kepada rangkaian televisyen awam NHK.

Seorang Dari 2 Tebusan Jepun Di Pancung ISIL

"Perbuatan keganasan itu adalah keterlaluan dan tidak dibenarkan, ia mendatangkan kemarahan yang kuat. Saya mengecam keganasan ini dengan tegas," katanya.

Sementara itu, Abe berkata, kerajaan Jepun akan terus menganalisis imej di dalam rakaman berkenaan untuk mengesahkan sepenuhnya kesahihan video itu.

Seorang Dari 2 Tebusan Jepun Di Pancung ISIL

Rakaman hampir tiga minit yang disebarkan di laman internet semalam memaparkan satu imej pegun oleh seorang tebusan, Kenji Goto memegang gambar mayat Haruna Yukawa yang dibunuh, diikuti rakaman audio di mana Goto berkata kumpulan IS mendesak untuk pertukaran tebusan bagi menjamin pembebasannya. - AFP

sumber
http://www.bharian.com.my/node/31336
http://www.ibtimes.com/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.