Isnin, 5 Januari 2015

Isnin, Januari 05, 2015
Shaheizy Sam Enggan Komen Bercinta Dengan Fazura | Rancangan "Facing Up To Fazura" baru-baru ini mendedahkan yang Shaheizy Sam pernah bercinta dengan Nur Fazura mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat dan ramai yang mahu tahu lebih lanjut tentang kisah cinta mereka.

Shaheizy Sam Enggan Komen Bercinta Dengan Fazura

Menerusi Kosmo!, Shaheizy Sam tidak menafikan atau mengiyakan perkara itu dan berkata memang sifat beliau untuk terus berahsia dalam perkara sebegini.

“Saya rasa tidak berminat untuk menjawab tentang perkara ini. Entahlah, saya tidak tahu ingin beri reaksi yang bagaimana kerana saya sendiri pun tidak pasti dengan isu ini”

“Apa yang boleh saya katakan, memang saya seorang yang enggan kongsi kisah peribadi dengan semua orang kerana saya seorang yang perahsia. Saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi selagi hubungan itu tidak sampai ke tahap serius iaitu tahap memang itulah wanita yang akan saya nikahi, selagi itu saya tidak kongsi bersama peminat atau sesiapa,” ujarnya.

Shaheizy Sam menambah yang beliau tidak mempunyai masalah untuk terus bergandingan dalam mana mana projek bersama Fazura selepas ini kerana mereka memang berkawan rapat.

Sebelum ini, rancangan tersebut mendedahkan yang Shaheizy Sam dan Fazura pernah berkasih seketika sekitar tahun 2013, dimana bibit percintaan mereka dimulai sewaktu sama-sama terbabit di dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia.


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.