Sabtu, 24 Januari 2015

Sabtu, Januari 24, 2015
Singapura Tak Sediakan Ambulan, Pemain Malaysia Terpaksa Naik Teksi | Sungguhpun kece­deraan yang dialami Muhammad Firhan Ashaari ketika menentang Mexico semalam tidak serius, dia terkilan kerana tuan rumah tidak menyediakan kemudahan sewajarnya sehinggakan dia terpaksa ke hospital dengan menaiki teksi. - Memalukan btul la Singapura nih...

Singapura Tak Sediakan Ambulan, Pemain Malaysia Terpaksa Naik Teksi

Malah penyerang berusia 22 tahun itu terkejut apabila rawatan perlu dilaksanakan petugas per­ubatan skuad hoki negara dan penganjur seolah-olah lepas tangan.

“Inilah kali pertama saya bermain dalam kejohanan tanpa ada ambulans dan persediaan jika berlaku kecemasan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku.

“Saya harap tidak berulang dalam perlawanan seterusnya dan dalam penganjuran akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bibir Muhammad Firhan cedera apabila kayu seorang pemain pertahanan Mexico yang datang dari belakang terkena mukanya pada minit ke-40 perlawanan suku akhir Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua di Stadium Hoki Sengkang kelmarin.

Difahamkan, pihak tuan rumah meminta bayaran S$85 (RM229.5) jika mahu menggunakan ambulans menyebabkan petugas perubatan Malaysia memilih teksi kerana bayaran lebih murah.

Pemain kelahiran Kelantan itu bagaimanapun berkata dia tidak mempunyai masalah untuk diturunkan menentang Jepun dalam perlawanan separuh akhir hari ini, walaupun menerima empat jahitan di Hospital Khoo Teck Puat, Yishun Central.

Katanya, rakan-rakannya telah bersedia dan kini cukup bersema­ngat, selain dia sendiri bertekad untuk menyumbang gol.

“Tiada yang mustahil. Saya pernah menjaringkan gol ketika menentang Jepun dalam Sukan Asia (di Incheon, Korea Selatan) sebelum ini,” katanya.

sumber
http://www.utusan.com.my/sukan/hoki/muhammad-firhan-kesal-terpaksa-naik-teksi-ke-hospital-1.51693


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.