Sabtu, 24 Januari 2015

Sabtu, Januari 24, 2015
Siti Nurhaliza Tahu Kenapa Zamani Jadi Begitu - Saari Amri | Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dengan mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang kononnya "tahu" mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Siti Nurhaliza Tahu Kenapa Zamani Jadi Begitu - Saari Amri

Berikutan tindakan Saari itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat.

Saari dalam entri di Facebook menulis "Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu."

Siti yang juga penyanyi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10! bersama Cakra Khan kala dihubungi BH Online memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Ikuti penjelasan ringkas beliau.

Siti Nurhaliza Tahu Kenapa Zamani Jadi Begitu - Saari Amri

"Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain," katanya.

Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu.

Zamani hari ini membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial.

Kes Zamani akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini.

Siti Nurhaliza Tahu Kenapa Zamani Jadi Begitu - Saari Amri

sumber
http://www.bharian.com.my/node/31094


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.