Khamis, 22 Januari 2015

Khamis, Januari 22, 2015
Suami Farah Asyikin Tak Setuju Bercerai | Saya tidak bersetuju.” Demikian kata suami kepada penyanyi Farah Asyikin, Zaahier Stanley, 35, sewaktu ditujukan soalan oleh hakim Umamuddin sama ada dia bersetuju atau tidak untuk menceraikan isterinya.

Suami Farah Asyikin Tak Setuju Bercerai

Walau bagaimanapun, prosiding mahkamah semalam sekali lagi ditangguh buat kali kedua kerana Zaahier gagal membawa wakilnya dan telah menetapkan tarikh 9 Februari ini untuk perbicaraan seterusnya.

“Untuk tarikh yang ditetapkan kamu mesti bawa wakil. Saya tidak mahu kes ini tertangguh disebabkan hal ini dan ini adalah peringatan,” kata Umamuddin kepada Zaahier sewaktu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sekiranya Zaahier masih gagal membawa wakil, peguam kepada Farah, Siti Maisyarah Hasyim memohon supaya mahkamah sendiri memilih wakil untuk pihak defendan.

Dalam pada itu, Farah dilihat hadir bersama ibunya, Datin Fauziah Othman yang juga merupakan wakilnya.

“Sepatutnya suami Farah bawa wakil untuk menganggotai jawatankuasa pendamai tetapi hari ini dia tidak bawa. Kalau dia masih lagi gagal bawa wakil, kita terpaksa melantik hakam.

“Tetapi hal itu pun masih belum pasti lagi kerana perlu minta persetujuan dari mahkamah. Kita tunggu sahaja perbicaraan 9 Februari nanti,” kata Siti Maisyarah.

Farah Asyikin Nafi Dah Bercerai

Hasil perkahwinan Farah dan suaminya pada 15 Februari 2013, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ebrahim Owais yang berusia 8 bulan.

Terdahulu, Farah ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia kini dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina selama dua tahun. Malah, dia sememangnya tidak mahu menjadikan penceraian sebagai jalan terakhir.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Farah sekeluarga.

sumber
http://www.manggaonline.com.my/suami-farah-asyikin-tidak-bersetuju-bercerai/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.