Jumaat, 9 Januari 2015

Jumaat, Januari 09, 2015
Suami Muflis, Rumah Mewah Umie Aida Bakal Dilelong? | Memetik laporan Rotikaya yang diambil The Rakyat Post, khabarnya suami Umie Aida, Khairuddin Abu Hassan yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan dilaporkan jatuh muflis.

Suami Muflis, Rumah Mewah Umie Aida Bakal Dilelong?

Dokumen mahkamah yang kini sedang hangat diperkatakan oleh blog blog politik menunjukkan yang Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah isytiharkan Khairuddin Abu Hassan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu, hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang keluarkan arahan serupa.

5 Gambar & Video: Bila Umie Aida & Tengku Puan Pahang Terperangkap Dalam Lif

Khairuddin yang dihubungi media mengakui sedar akan pengisytiharan diri sebagai muflis namun enggan untuk mengulas lanjut dan sedang bekerjasama dengan peguam.

Ekoran perkara ini, sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong pada hari Sabtu ini (esok) di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.

Khairuddin Abu Hassan bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang lelongan itu dan akan merujuk kepada pihak guaman beliau untuk tindakan lanjut.

sumber
http://www.rotikaya.com/suami-muflis-rumah-mewah-umie-aida-bakal-dilelong/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.