Isnin, 12 Januari 2015

Isnin, Januari 12, 2015
Suami Umie Aida Nafi Rumah RM2.1 Juta Kena Lelong | Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menafikan menerima sebarang notis daripada bank berhubung lelongan sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta miliknya di Mont Kiara.

Suami Umie Aida Nafi Rumah RM2.1 Juta Kena Lelong

Khairuddin ketika dihubungi IT berkata, beliau sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan lanjut terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkenaan.

"Saya tidak dimaklumkan sama sekali oleh pihak bank CIMB tentang lelongan itu. Tiada notis atau writs diberikan kepada saya.

"Saya sedang berbincang dengan peguam saya dan akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Suami Muflis, Rumah Mewah Umie Aida Bakal Dilelong?

Ditanya mengenai status muflisnya, Khairuddin yang juga suami kepada aktres terkenal, Umi Aida, berkata semuanya sudah diselesaikan.

"Selesai sudah semuanya.." katanya ringkas.

Khairuddin sebelum ini didedahkan sebagai muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) pada 14 Mei 2014, hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang keluarkan arahan serupa.

Sebelum ini, Khairuddin menggemparkan politik tanahair apabila beliau membuat laporan polis di Pulau Pinang berhubung pelaksanaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


sumber
http://www.isuterkini.my/2015/01/khairuddin-nafi-rumah-bakal-dilelong.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.