Rabu, 28 Januari 2015

Rabu, Januari 28, 2015
Tak Sangka Zuan Tak Boleh Bergurau - Mas Idayu | Mas Idayu menganggap tindakannya mencekik dan menyerang pengacara belakang pentas Mentor Legend, Zuan Azmi hanyalah gurauan semata-mata.

Tak Sangka Zuan Tak Boleh Bergurau - Mas Idayu

Bagaimanapun, dia tidak menyangka perkara itu diambil serius Zuan yang juga wartawan rancangan hiburan popular.

"Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar.

"Kalau nak lihat, penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar.

"Dulu, ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan. Tetapi, tiada apa-apa masalah pun," katanya.

Mas Idayu juga berasa kesal dengan tindakan Zuan yang memuat naik status perkara tersebut di akaun Twitternya.

"Semalam (Isnin), saya baru dapat tahu yang dia menulis tentang perkara ini di Twitternya.

"Saya pula sememangnya tidak mempunyai Twitter dan saya tahu pasal ini setelah seorang peminat prihatin mengirimkan WhatsApps kepada saya.

"Dia menulis sesuatu di belakang saya. Jadi, siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya atau dia?," katanya.

Tambahnya, Zuan tidak pernah memberitahu apa-apa ketika mereka menjalani latihan sebelum itu.

"Gurauan itu spontan dan bukan dibuat-buat," katanya.

Enggan memanjangkan isu tersebut, penyanyi berusia 41 tahun ini memberitahu, dia ada menghubungi Penerbit Eksekutif Mentor Legend, Muhd Sufian Isa untuk mengirimkan kata-kata maaf kepada Zuan.

Sementara itu, penyanyi dangdut ini menyifatkan penyingkiran anak didiknya, Tuah pada Konsert Battle Ketiga Kumpulan A Mentor Legend sebagai sesuatu yang bermaruah.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/saya-hanya-bergurau-1.354731


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.