Khamis, 1 Januari 2015

Khamis, Januari 01, 2015
Tangisan Ibu Kutip Daging Anak Sendiri | Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat tunduk menangis sambil mengutip cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut.

Tangisan Ibu Kutip Daging Anak Sendiri

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, wanita malang itu mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpulkan cebisan mayat anaknya yang hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat di sini.

Kemalangan berhampiran Taman Sri Nanding itu meragut nyawa anaknya, Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15, dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.

Kedua-dua mangsa itu dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi.

Mangsa mengambil upah mengecat masjid itu bagi mencari duit poket sempena musim cuti persekolahan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/20599


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.